Monday, February 06, 2012

peringatanbuatdiri:)

kadang kadang kita bertanya dekat diri kita, kenapa bila kita rasa kita sudah berusaha sehabis mungkin, tapi kita masih gagal. kadang kadang kita rasa envy dekat mereka yg usahanya sedikit, tapi mendapat kejayaan yg cukup besar. 
kadang kadang bila kita tanya dengan kawan, kenapa aku masih gagal sedangkan aku dah pulun habis habisan baca buku, berusaha lagi. kenapa? dan kadang kadang kawan kita jawab, mungkin kita terlalu memaksa diri. kadang kadang kita terlalu berusaha keras, stress semata mata nak berjaya. dan mungkin juga, cara kita belajar salah, cara kita express jawapan di atas kertas exam salah.
tapi, pernah tak terfikir, kadang kadang kita, manusia, hamba Allah ini, belajar hanya untuk exam semata mata. niat tidak ikhlas. kadang kadang belajar semata mata untuk berjaya mengejar duniawi. tapi, kita lupa, kita alpa untuk belajar kerana Allah. kita lupa dekatkan diri pada Allah. usaha ada, tapi doanya...dan betul ka usaha kita cukup? solat lima waktu kita adakah sempurna? solat dan amaln sunnah, jarang kita buat. kononnya busy, tapi main facebook, main basikal, ada ja masa. ya, itu mungkin kekurangan kita, lupa nak dekatkan diri dengan Allah.
kadang kadang org ckp, kegagalan buat kita belajar untuk tidak mengulangi kesilapan. tapi, kita tak ambil itu sbgai pengajaran, sebaliknya lebih rasa putus asa. merungut. kadang kadang Allah uji kita dgn kegagalan kerana Dia nak kita lebih berusaha, lebih mendekatkan diri kita kepadaNya. sebab itu bila kita gagal, jangan salahkan sesiapa. jgn salahkn takdir. salahkan diri sendiri. sebab kita sendiri, sbagai manusia, sebagai hamba Allah, lupa nak dekatkan diri dgn Allah.
post kali ni, untuk diri aku sendiri yang selalu menemui kegagalan dan sgt mudah putus asa. selalu salah kan sekeliling sedangkan diri sendiri yang salah. try to figure out the best solution to improve myself. maaf sekiranya ada ayat yang tidak sedap didengar. maaf sekiranya tersalah kata. tunjuk ajar diperlukan. 
and one more thing, terima kasih kawan, aku doakan ko yang terbaik. insyaAllah. amin:)

Sunday, February 05, 2012

khasuntukijat:B

ke hadapan sahabatku yang disayangi,


weyh ijat, buat ah blog juga. kitorg tringin nak baca isi hati ko, cerita hidup ko. buatlah blog sebelum habis matriks ni. mari kita sama-sama syok sendiri, meluahkan perasaan dan isi hati di dlm blog :) HIHIHI :B
*nmpak sgt aku tak da kerja kan. saja nak buat suprise kat ijat. sweet kan :P


yang benar,
syafiqahmazlan♥

guessmyfuture:O

dengan ini, saya ingin mengucapkan salam maulidur rasul :) 
perbanyakkanlah selawat ke atas nabi dan tingkatkan amalan amalan sunnah :)
......................................................................................................
tajuk sebenar: am i gonna be next matluthfi?
okay, tulisan kecil sebab saya malu sbb aku kuat berangan. sapa boleh baca, dia hebat! hahaha.
aku baru balik dari PD yaww! HAHAA. excited yaww baru habis exam midterm yaww. excited sbb cuti yaww. n excited sbb kat rumah :B yaww, home sweet home yawwww :D
okay, stop it -..-
okay, smlm punya smlm, aku tak tahu mcm mana boleh terbincang pula dgn parents aku about upu thing ni. and for the first time, entah kenapa mak abah agree aku nak apply bnda2 seni ni lagi2 architecture! sbb this kos basic dia seni. so, agak terperanjat bila mak kasi apply. so, selain fine art, interior design and macam macam kos melibatkan seni, aku decide nak apply archi walaupun i know, its hard act. okay, nak apply. yeah! aku excited walaupun baru  nak apply upu fasa1 walaupun fasa 2 belum tentu lepas walaupun interview pun tak terpanggil lagi and walaupun tak diterima mana-mana U lagi even matriks pun tak habis habis lagi.hahaha. aku excited walau hanya nak apply!:B hihihi. 
diterima? itu lain cerita.
balik ja rmh, aku terus on9, check pasal course ni. betul ka aku nak jadi arkitek ni? betul ka? :O aku pun tak sure actually. tapi dari aku apply bnda yg lgsg aku tak minat, dari apply bnda yg even aku sndiri tak pernah dgr, n tak pernah tahu apa bnda tu nak jd. baik aku apply bnda yg berkaitan dgn art kan. Alhamdulillah, finally, mak abah kasi aku apply, itu sudah cukup :D 
aku tahu course ni agak berat dan mncabar. betul ka aku nak jadi arkitek ni? betul ka? then, aku ask bbrp senior pasal course ni.

salam, sory nak tanya, klau nk apply course ni, pointer mcm mana pula? n klau boleh nk tanya pndpt, seni bina, fine art n interior designer, mana lagi mnjamin future? tq:)

1. Kalau pointer matriks,tak pasti. Yang penting,result SPM. Pasal,kalau apply guna matriks,dia cuma dapat exception je on a few subjects after credit transfer.

2. Nak menjamin future tu,yang tu terpulang kepada diri.

Fine art,adalah pure art semata mata. Kat Malaysia market susah. Tapi competition low. Susah susah tapi bila dah naik,puas hati.

ID pulak,course dia lagi senang je berbanding seni bina. But,competition kat market pulak,kuat. ID dah banyak. Plus,kalau belajar ID sahaja,tak boleh ambik master yang lain dah. Kena fokus kat ID semata mata.

Kalau ambik Seni Bina,habiskan first degree,and then 2nd degree nnti boleh sambung mana mana course lain. Macam,town planning ke,ID ke, Landscape Architecture ke,etc etc.

Masa tu lah nak tentukan.

Pasal Seni Bina ni dia belajar benda yang meluas. Semua benda dia ambik. Art, ID, Construction,Real Estate,Business,etc etc. So,sijil first degree laku jugak kalau nak sambung benda lain. Asalkan around benda yang sama.

So,kalau nak jadi Architect pun,boleh. Nak jadi Fashion Designer pun,boleh. Interior Designer boleh. Further on Pure Art pun boleh. Macam macam boleh :D

 http://e-syarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=58%3Asyarat-kelayakan&catid=59%3Adiploma&Itemid=63

Check out number 2. Course AP213. Tu kod untuk Seni Bina. Kelayakan dia tulis macam tu je. Pasal,tak kira after SPM atau Matriks atau Poli atau STPM,dia akan start balik dari awal. Cuma dapat exemption je.

Pointer tinggi,dapat lah skip a few sem rasanya.

haaaa, semua dia bagi. link semua ada. tinggal aku ja nak fikir betul ka aku nak jadi arkitek ni? betul ka? :O okay, aku pening. hahaha.
mampu ka aku design rumah mcm ni?haha-..-

sorry, mak abah, iqa rasa iqa tak cukup hebat, mmg tak hebat, betul tak boleh nak continue in science course, lagi lagi maths, physics. iqa minat dekat bio, tapi bio tak minat dekat iqa. our relationship is so complicated.hihi :B sorry, iqa rasa iqa betul betul tak boleh nak jadi doctor, pharmacyst or even engineer in future.
so, aku just trying my best, apply bnda yg rasa itu apa yg aku nak even aku tak tahu eku mampu ka tak nak jd architecture or msk dlm bidang ni. doa, tawakal kepada Allah. 

okay, semuanya masih mnjadi teka teki. aku betul betul tak tahu! hahaha
berserah. kita hanya merancang, Allah yang menetukan. tapi usaha kena ada.
 good luck for next PSPM 2, last test kat matriks ;) 
semoga semuanya berjalan dgn baik:) really hope so:)

Sunday, January 22, 2012

gonnaendsoon part 1:'(

GO GO CHAIYOK FOR UPS 2! ^..^V
--------------------------------------------------------------
aku tak tahu lah aku patut happy or sedih about ths thing. now dah dekat nak end of january. dah nak msk february. exam mid term pun lagi seminggu. dah nak dekat. lepas february, march. after march, april then end of april maybe, kitorg dah nak habis matriks. sounds cool rite. but then, bila fikir fikir balik, everything happen seems too fast. so rush! 
mcm baru brp hari habis minggu orientasi. mcm baru brp hari changed modul 3 to 1. mcm baru brp hari rapat dgn roomates, bdk praktikum. and yeah, baru brp hari bertegur sapa dgn bbrp org floormates and bbrp org bdk kuliah. but then, another few months, semuanya akan habis. hilang. 
serious, ini first time aku hidup kat asrama, mmg bond as a friend sgt sgt kuat. maybe bagi aku lah. dulu sekolah biasa, byk masa kita luangkan dgn family. tak sempat nak kenal perangai sebenar masing masing betul betul. now, kena lahirkan relationship dgn kawan dekat sini sgt sgt rapat sbb diorg org yg plg rapat dgn kita. even lecturer lecturer aku pun ckp mcm tu.
 igt lagi time LDK, time kenalkan diri, aku mengaku yg aku ni not a kind of friendly person. tak kan tegur org kalau org tak tegur aku dulu. tak ramai kawan. yeah, serious, i admit it! but then, mentor aku marah in a good way, mcm bg nasihat yg if aku terus berperangai mcm ni, aku tak kan boleh survive kat matriks ni. aku rasa betul ckp sir tu. but then, apa boleh buat, dah ini mmg perangai aku.
 time modul 3, aku mmg suka jalan sorg. mmg tak lah kan nak ckp dgn sapa sapa. but tiba tiba, one person nama Liyana Ismail tegur aku. entah mcm mana, boleh pula kamcing dgn dia. dia perangai boleh tahan ganas lah. slumber ja. tapi aku rasa senang lah kawan dgn dia even like seminggu ja kitorg smpat jadi kawan yg boleh tahan rapat lah dlm praktikum tu. *okay, aku still tak jumpa dia punya fb :P
 but then, pindah praktikum, aku tak jamin aku boleh brgaul dgn diorg. muka semua mmg stok pandai pandai ja. and msg msg dah ada kawan rapat. aku, jd mcm aku balik. jalan sorg sorg, layan perasaan. nasib baik dah biasa, so, not so big problm lah. cuma, of course bosan dol. every week balik rumah! anak manja betul.hahaa. 
but then, mcm mana entah boleh ter rapat pula dgn bdk praktikum and dpt pula roomates yg boleh ngam. okay, Alhamdulillah lah.so, aku ada lah kawan. tak lah asyik jalan sorg ja. Alhamdulillah, kebanyakan dari kitorg msg msg ddk area selangor. ada lah beberapa ketul yg ddk jauh. even our mentor pun sgt nampak bond kitorg as a friend sgt kuat. and kat class even bdk pandai pandai pun, mana ada yg nerd kot. semua boleh in kot. 
so, aku rasa satu tahun ni, byk ajar aku mcm mana nak berkawan. diorg tak kedekut ilmu. i mean, sanggup study sama sama. kalau tak, maybe i got lower pointer than apa yg aku dpt kot. sebab aku sgt zero lagi lagi maths and phy! aku igt lagi, aku mmg tak lah kan nak bercakap bagai speaking lah. aku mmg teruk bila nak ckp kat depan. kalau dah bm pun hampeh, bi lagi lah hampeh aku. kalau nak ckp kat depan either aku senyap or gelak gelak. tapi, diorg yang bg dorongan, berusaha buat speaking test fr muet setiap malam smpai late night semata mata nak wujudkan confident dlm diri aku. yeah, itu masalah aku. lack of self confident -_-thanx korg. thanx sgt sgt! :') 
even, problem pun, aku da pandai share. hahahaha. ini plg tak tahan! lagi lagi time malam tu. masing masing bocor rahsia semua. *okay, aku percayakan korg. malu serious sgt sgt sgt! and kat sini ada pula lecturer yg sporting. and one more thing, plg terharu, bdk modul lama aku still remember me. terharu gila dol. rasa diri ini dihargai.haha ;') 
aku rasa, syg sgt nak tinggalkan diorg. hope, kitorg boleh jadi kawan smpai bila bila. serious, satu tahun ja kitorg boleh rapat mcm ni, miracle! hahaha. okay, im so hiperbola. tapi, mmg pun kan. agak agak dekat U boleh jadi mcm ni lagi tak? okay, will be continue next on february maybe.
 igt janji kita, nak tulis pasal first impression after habis matriks nnt ;P

Monday, January 02, 2012

missingyou:'(

 am i the only person yang rindu kt semua org like hell?
okay, sadisnya nasib aku-..-

Friday, December 23, 2011

tiadatajuk

how can i love when im afraid to fall

aiseyhman, lagu ni bermain main di otak -..- haha
mood jiwang braderrr :P
christina perri- a thousand years

Sunday, December 11, 2011

bermalamdiJJ

okay, minggu ni holiday tiga hari kan. masing masing plan balik rmh. but then, ada lah beberapa org yg tak balik. bukan atas perasaan cinta terhadap kms pun act, hahaa, but then tak ready nak balik atas sbb result yg mndukacitakan. so, plan nak study kat sini. tak sangka pula, mmg sunyi sepi kat sini. bosan tahap cipan pun ada. menyesal tak balik :(
but then, hari sabtu smlm, mmg plan last minute gila kot. bangun pagi dpt text from aina ajk keluar. mula mula rasa malas sbb dah pokai kot. elaun tak msk lagi, but then fikir punya fikir, bosan kot tak da activity. keluar sekejap okay kot. aku, ijat n aina pun ajak lah rohana, eunice and niz sekali. steven ada hal. sopi pula tidur lagi tak angkat call. so, kitorg decide pergi JJ. 
then, smpai sana kitorg tgk movie The Muppets (okay, tak pasti eja betul or not). not bad lah cerita tu. sbb mcm cerita yg fun and happy ja. seronok lah. pastu, kitorg plan nak cari something untuk hadiah am. round punya round punya fikir idea bagai, still tak jumpa. at last, after maghrib baru jumpa. dah tu tiga kepala org yg tak reti cari hadiah nk beli hadiah, mmg trouble lah kan. hahaa. Alhamdulillah settled:)
then, keluar dari JJ, kitorg stuck. hujan mmg lebat gila. sgt sgt punya sgt! mmg cuak kot kitorg. nak redah tapi tak tahu nak ddk kat mana. mmg tak jangka bnda ni happened. so, kitorg ddk dlm JJ dulu sementara tunggu hujan stop.
then, dlm kul 10, mmg hujan tak stop stop lagi. masa brlalu mcm tu ja. tak boleh nak buat apa kot. then dah lewat malam sikit, bus mmg dah tak da la kan. kitorg try cari inisiatif lain, call semua mmber rmh yg dekat, nak tumpg kereta or rmh dl, but then, masing masing tak da kat rmh. serious! otak masing masing kusut. phone ijat and niz battery kong pula, kredit pun habis. mmg phone aku ja tinggal harapan. Alhamdulillah lah aku tukar phone dgn aina sblm tu atas sbb yg tertentu :P , so, battery still ada. nak harapkan phone aku, mmg cepatlah battery hbis.
eh wait, lupa nak bgtau, aina, rohana and eunice dah selamat pulang. diorg balik direct after maghrib, bbrp minit lagi awal lah daripada kitorg. tinggal kitorg bertiga ja lah time tu. mmg sumpah tak jangka bnda ni happened!-..-
hanya Allah ja lah tahu perasaan kitorg mcm mana. kitorg harapkan kwn ijat tolong kitorg, tunggu dia dtg smpai pukul 2 am, but then, problm dtg pula. satu hal lagi lah, dia tak dpt dtg. kitorg mmg loss gila kot! dah tgh pagi, kalau nak pergi banting naik teksi, mahal satu hal. bahaya pun satu hal. kitorg mana lah tahu kawasan tu sgt cmna kan. kitorg mmg dah mati idea dah time tu, nak tido hotel yg bukan brbintang bintang tu bukan senang. mahal satu hal, even brp puluh ringgit smlm. bahaya pun satu hal. and satu hal lagi, aku boleh lah kongsi bilik dgn ijat. yg niz ni, mana nak tido pula kan. takkan nak check in 2 hotel. pokai! -..- 
niz, eunice, me, ijat.
then, jalan nk pergi somewhere, kedai yg operasi 24 hours but then, on d way nk pergi jalan tu, kat satu kawasan tu, nmpk ada satu geng tgh nak bergaduh, boleh tahan ramai lah bak kata ijat. anjing pun ada. kawasan tu boleh tahan gelap lah. aku rabun, tak nampak. mmg depends on ijat n niz oh! mmg horror gila! cuak hanya Allah ja yg tahu, rasa nak nangis semua ada! Alhamdulillah member2 geng tu tak nmpak kitorg. kalau tak, nauzubillah! 
then, kitorg patah balik jln kaki pi JJ. badan dah menggigil cuak. muka nak nangis smua ada. bak kata niz "takut mcm mana pun, jgn buat muka cuak." haha. mmg loss! serious! masing masing dah penat and ngantuk. nasib baik JJ buka lagi sbb ada movie night. smntara org tak lalu lalang, aku tumbang dulu lah tido ja kat sebelah pintu entrance tu. ijat pun sama. niz tak tido sbb kena jd guard kitorg. hahaha. ya lah, dia sorg ja lelaki kot. 
dah tu tiba tiba nmpk pula org kurang siuman berkeliaran depan pintu entrance JJ. mmg cuak gila kot.
then, mmg tak da jln lain, kawan ijat tak dpt dtg, nak gerak somewhere else, takut bahaya, then, kitorg ask pakguard JJ tu. Alhamdulillah, kitorg jumpa org yg baik. nama pakcik tu pakcik rosli. sembang lah sekejap dgn dia smpai kul 4 am. pkcik tu tanya kitorg macm mcm soalan yg kitorg sndiri tak tahu nak jawab apa. nak kata sakan bershopping smpai trtinggl bas,tak. disebabkn stuck kat hujan ja, kitorg tak lepas nak balik. pakcik tu ckp, "nasib baik tak kena tangkap polis ka. ye lah, budak budak jalan malam malam, boleh kena tidur lokap tu sbb berkeliaran." :(
and time bercerita dgn pakcik tu, kitorg dpt tahu, org kurang siuman tu pun first time pakcik tu nmpk bermlm di JJ. hahaha. jodoh tak jodoh. hahaha-..-
then pakcik tu nmpk kitorg dah tak larat sgt, suruh kitorg tidur kat depan starbucks. pergh, first night at starbucks sgt tak cool okay. hahaha. serious gila! mlm tu, msg msg dok susun kerusi, tido depan starbucks tu, kena gigit nyamuk, dgn sejuk nya, mmg terbaik lah. msg msg bbrp minit mst terjaga. hahaha
pagi tu, Alhamdulillah bgn awal. ye lah, tidur kat hotel 5 bintang kot. hahahaa. tu pun, Alhamdulillah ada tmpat tidur. after solat subuh, ada pakcik tu bagi kitorg makanan for breakfast. korg faham tak apa rasanya. HEAVEN! hahaha. kebulur tak mkn mlmnya, sbb semua kedai dah tutup. kan aku dah ckp, mmg hotel kan! dapat makan free lagi ;) hahaha.
then pagi tu, kitorg terus balik matriks. Alhamdulillah semua selamat. hahaha.
jutaan terima kasih kepada semua pakcik pakcik JJ yg mmbantu jd body guard kitorg smlm. terima kasih kpd org org yg berniat ingin mmbntu at d same time tak boleh nak mmbntu. ye lah, masing masing mst ada plan kan lagi lagi mlm ahad, holiday pula tu. busy kot semua. and mmg tak kan lupa kot bnda ni. first time ddk seharian kat JJ.first time complete kan solat 5 waktu kat shopping mall. first time pergi tandas shopping mall kul 2 pagi. first time nmpk samseng nak gaduh! mmg taubat lah kot, buat masa skrg ni, tak nak pergi JJ dah! hahaha :P