Tuesday, February 18, 2014

persoalan

kenapa perlu ada perbandingan? untuk setiap perkara yang manusia itu sendiri tahu mereka tiada daya untuk mengubahnya.
kenapa perlu ada perbalahan? walhal manusia sendiri tahu setiap dari mereka itu dicipta berbeza beza.
kenapa perlu memandang rendah? padahal manusia itu sama sama punya cacat celanya.
walau banyak mana kekurangan sekalipun, setiap manusia lahirnya masih mempunyai hati dan perasaan.
mohon, manusia manusia jaga hati manusia yang lain.



Friday, February 14, 2014

takdakerja

assalamualaikum.  
si burung hantu ni dok tenung dinding ja kerja sebelum tidur.  tetiba terasa i should paint something on my wall. tak lah plain sgt bila aku tenung. hehee :B
tapi nak cat malas. ttbe aku terfikir aku ada terjumpa spray yang tak guna kat stor. so, kening dah angkat double dah nak try buat something lah.
so, selamat datang ke ruanganku yang tidak berpintu berdinding lengkap :P
welcome:)
aku fikir dinding yang dah aku cat ni color hijau. so, aku kena pilih color seakan akan dinding ni.
masa utk pilih color apa yg ada. so aku choose color turqoise :P
seletep secara sambil lewa menggunakan kuasa anggaran sendirian berhad kemudian spray.
*amaran: lebih baik guna cat ja. sakit woo guna spray. sesak nafas even dah pakai mask. aku kena tunggu dua hari baru boleh continue. 
tak cukup tinggi nak seletep smpai siling. so acah acah buat corak seletep takat tu ja. 
dah siap! :D
testing 1
*color pudar tu sebab spray dah nak habis :P
testing 2
buat corak tu kat dinding setiap kali time kau marah ka emo ka. buat banyak banyak sbbnya time buat mesti kau fokus .bila dah fokus, hilang lupa dah masalah kau marah ka emo tadi. hahaa :B
testing 3
meriah dah macam tadika gua tgk. hahaha
testing 4
p/s : tak pernah nya buat benda benda ni tanya kebenaran abah. lagi lagi buat kat loteng siapa ja nak naik nak ambil tahu. bila abah dapat tahu, kena marah sikit sbb bau spray tu sgt terlalu kuat. :P muehehe
done
SM

Saturday, February 08, 2014

bergembira

berjalan jalan sekitar kota. muehehe :B 
terima kasih :D
melihat sekolah dari jauh konon rindu:P muehehe

SM

Sunday, February 02, 2014

selamatpengantinbarualiyadanluqman:D

assalamualaikum baby, 
aliya comellllllllllll!!!!! kita nak ucapkan tahniahhhhh! dan selamat pengantin baru :D semoga dianugerahkan Allah kebahagiaan dan rezeki  hingga ke jannah. tak sangka dua tahun tak berjumpa akhirnya jumpa juga dan waktu aliya dah sah bergelar isteri luqman pun. berjuta juta tahniah. hehehe :D
tak dapat kawal perasaan tadi bila jumpa Aliya, teman sebilik kita, kekadang teman sekatil kita. eh bukan kekadang, selalu! hehee. dengan perangai hyper aliya tu. rindu! awak kawan pertama kita kat kms, ingat lagi pertama kali jumpa time dekat surau. daripada bilik lain, tetiba jadi rumate. time awal sem 1, ingat lagi time kita demam, aliya lah yg pakaikan stokin kita time malam, selimutkan kita, teman kita tidur :') 
minta maaf banyak banyak kekadang ada misundersatanding, kekadang ada tertacing tacing. mungkin banyak menyusahkan awak. hehee. 
minta maaf banyak banyak untuk semua salah silap sepanjang bergelar kawan dan especially rumate. 
minta maaf banyak banyak sebab plan merancang nak kluar sama sama tak pernah mnjadi. 
minta maaf banyak banyak :{
terima kasih sebab selalu mengingatkan kita, tolong kita untuk jadi manusia yang lebih baik. (cehh, poyo :P) selalu nasihat kita tak elok dengar lagu sambil study, selalu nasihat kita tak elok dengar lagu 'pelik2', tegur kita solat kena awal waktu lagi lagi subuh, jangan balik lewat time maghrib dan malam.
terima kasih aliya sebab kekadang aliya tolong kita fahamkan bio padahal aliya tak ambil bio pun. tolong kita hafal doa dan makna doa selepas solat (aliya ckp jangan niat untuk hafazan ja, amalkan lepas solat) selalu ingatkan kita belajar kerana Allah bukan untuk pointer semata mata. selalu sokong kita untuk capai cita cita kita. selalu tunjuk contoh yang baik contohnya pakai stokin kaki bila keluar, pakai tudung yang menutup aurat.
minta maaf kekadang kita jadi org yg keras kepala dan tak memahami. mungkin bukan kekadang tapi selalu. hee :") minta maaf banyak banyak atas semua salah silap. jaga diri, jaga kesihatan, aliya :)
kita doakan awak menjadi isteri yang solehah di samping luqman. kita tahu luqman yang tegas tu boleh jaga aliya elok elok. hehehe :B insyaAllah. juga semoga dianugerahkan keturunan yang hebat dan soleh! :D 
p/s: first time nampak pengantin pakai spect. sangat comel aliya! hehehe.
-kaka :')-