Thursday, August 25, 2011

endoframadhan:'3

tajuk sebenar: qiamulail bersama menteri besar selangor :)
harini, bukan nak cerita pasal politic ka apa. just nak cerita, harini, aku and family pakat pi buat qiamulail sempena bulan ramadhan. lagi lagi, malam terakhir ni kan, better tingkatkan amal. setahun sebulan ja puasa.  bila lagi kan nak kejar malam lailatulqadar. 
pukul 3 a.m : semua bangun, angah dah pergi awal dalam pukul 2.30 a.m. mcm tu. haziq and ali pula, sorg iktikaf di surau, sorg lagi iktikaf di masjid. biasa lah diorg, konon ada geng lah nk solat. *solat pun kena ada kawan. perluka?-..-'
pukul 3.05 a.m : *nak juga tambah 05 minit-..- having sahur. makan nasi tomato! :9 mak suruh sahur awal sbb senang nnt.
pukul 3.30 a.m : dah ada kat masjid. start buat qiamulail:D

 mmg puasa tahun ni sgt lah lain dr tahun sebelumnya. mungkin tahun yang terbaik  kot! insyaAllah. Amin. ye lah, first, first time puasa jauh dr family. jauh lah sgt~~ :P i mean, puasa dgn kawan kawan. bila dah ddk jauh, baru rasa tringt kat family. baru rasa air tgn mak tu lah heaven gila, kaw kaw punya. *aku x da lah ckp sblm ni mak aku msk x sedap ka apa, tp dulu kdg2 kan bising nak makan fast food lah bagai konon dah hari hari makan nasi.poyo. mat saleh lah konon!~~ hahah. bila dah ddk asrama, bila dah selalu makan bnda sama, bila dah selalu makan ayam, baru lah bising nak balik rmh, makan dgn mak. hahaa. ni belum lagi raya jauh dr family. hahaa :P second, puasa tahun ni, baru merasa qiamulail dgn family. first time kot! tak pernah2 aku pi masjid awal2 pagi, kali ni, sebelum subuh dah ada kat masjid dah. AWESOME! :D buat solat sunat taubat, hajat, tasbih, ada ceramah. ceramah pun sedih. ye lah, just imagine, ramadhan kali ni adalah ramadhan
 terakhir buat kita. cukup ka amalan kita? puas ka kita kejar buat amal lagi lagi dlm bulan ramadhan ni? pahala pun berlipat ganda. sbb tu lah kena kejar buat amal. 
aku rasa amazed gila lah, sbbnya, jemaah td sgt sgt sgt punya ramai. COOL gila kot! ramai mcm org buat solat tarawikh oh! mmg ramai aku tak tahu nak describe mcm mana. smpaikan parking pun tak da. do believe me! Alhamdulillah.
 hmm,  rasa sedih ja bila igt, ramadhan dah nak habis. lepas ni, agak2, masjid penuh tak mcm time puasa? 

Duhai Ilahi,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun teman/saudara....
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

p/s: menyesal tak ikut buat qiamulail time kat matriks haritu. serious menyesal. aku baru tahu, tu pun bila baca blog classmate aku, atikahadam aku tak tau langsung. tu lah, tak peka. or maybe pngumuman tu dibuat time aku tgh blur. aiseyhmann! itu problem aku nombor satu! blur tak sudah!  -..-'