aliya comellllllllllll!!!!! kita nak ucapkan tahniahhhhh! dan selamat pengantin baru :D semoga dianugerahkan Allah kebahagiaan dan rezeki hingga ke jannah. tak sangka dua tahun tak berjumpa akhirnya jumpa juga dan waktu aliya dah sah bergelar isteri luqman pun. berjuta juta tahniah. hehehe :D
tak dapat kawal perasaan tadi bila jumpa Aliya, teman sebilik kita, kekadang teman sekatil kita. eh bukan kekadang, selalu! hehee. dengan perangai hyper aliya tu. rindu! awak kawan pertama kita kat kms, ingat lagi pertama kali jumpa time dekat surau. daripada bilik lain, tetiba jadi rumate. time awal sem 1, ingat lagi time kita demam, aliya lah yg pakaikan stokin kita time malam, selimutkan kita, teman kita tidur :')
minta maaf banyak banyak kekadang ada misundersatanding, kekadang ada tertacing tacing. mungkin banyak menyusahkan awak. hehee.
minta maaf banyak banyak untuk semua salah silap sepanjang bergelar kawan dan especially rumate.
minta maaf banyak banyak sebab plan merancang nak kluar sama sama tak pernah mnjadi.
minta maaf banyak banyak :{
terima kasih sebab selalu mengingatkan kita, tolong kita untuk jadi manusia yang lebih baik. (cehh, poyo :P) selalu nasihat kita tak elok dengar lagu sambil study, selalu nasihat kita tak elok dengar lagu 'pelik2', tegur kita solat kena awal waktu lagi lagi subuh, jangan balik lewat time maghrib dan malam.
terima kasih aliya sebab kekadang aliya tolong kita fahamkan bio padahal aliya tak ambil bio pun. tolong kita hafal doa dan makna doa selepas solat (aliya ckp jangan niat untuk hafazan ja, amalkan lepas solat) selalu ingatkan kita belajar kerana Allah bukan untuk pointer semata mata. selalu sokong kita untuk capai cita cita kita. selalu tunjuk contoh yang baik contohnya pakai stokin kaki bila keluar, pakai tudung yang menutup aurat.
minta maaf kekadang kita jadi org yg keras kepala dan tak memahami. mungkin bukan kekadang tapi selalu. hee :") minta maaf banyak banyak atas semua salah silap. jaga diri, jaga kesihatan, aliya :)
kita doakan awak menjadi isteri yang solehah di samping luqman. kita tahu luqman yang tegas tu boleh jaga aliya elok elok. hehehe :B insyaAllah. juga semoga dianugerahkan keturunan yang hebat dan soleh! :D
p/s: first time nampak pengantin pakai spect. sangat comel aliya! hehehe.
kita doakan awak menjadi isteri yang solehah di samping luqman. kita tahu luqman yang tegas tu boleh jaga aliya elok elok. hehehe :B insyaAllah. juga semoga dianugerahkan keturunan yang hebat dan soleh! :D
p/s: first time nampak pengantin pakai spect. sangat comel aliya! hehehe.
-kaka :')-
