Friday, June 27, 2014

backtobasic

too much bad news received, too much bad things happened.
dan kau hanya ada sebatang pensil dengan kau.
dan juga kertas lukisan.
dan terjumpa buku panduan melukis haiwan tiba tiba nak melukis haiwan :P 
jum belajar melukis! kekeke
*click the image and zoom. lihat berapa banyak kesilapan yang ada. hehee
anjing
kaki senget :P kuikui
siput
tak kisah kaki bengkok muka senget salah shading, i have no eraser with me. hewhew :B
walaupun teruk tapi...
lamanya tak melukis !!
dan ia buat aku serba sikit lupa semua benda dekat sekeliling dan dapat kawal emosi terutamanya. hahaha
hmm because i dont curse. i draw :B

Tuesday, February 18, 2014

persoalan

kenapa perlu ada perbandingan? untuk setiap perkara yang manusia itu sendiri tahu mereka tiada daya untuk mengubahnya.
kenapa perlu ada perbalahan? walhal manusia sendiri tahu setiap dari mereka itu dicipta berbeza beza.
kenapa perlu memandang rendah? padahal manusia itu sama sama punya cacat celanya.
walau banyak mana kekurangan sekalipun, setiap manusia lahirnya masih mempunyai hati dan perasaan.
mohon, manusia manusia jaga hati manusia yang lain.



Friday, February 14, 2014

takdakerja

assalamualaikum.  
si burung hantu ni dok tenung dinding ja kerja sebelum tidur.  tetiba terasa i should paint something on my wall. tak lah plain sgt bila aku tenung. hehee :B
tapi nak cat malas. ttbe aku terfikir aku ada terjumpa spray yang tak guna kat stor. so, kening dah angkat double dah nak try buat something lah.
so, selamat datang ke ruanganku yang tidak berpintu berdinding lengkap :P
welcome:)
aku fikir dinding yang dah aku cat ni color hijau. so, aku kena pilih color seakan akan dinding ni.
masa utk pilih color apa yg ada. so aku choose color turqoise :P
seletep secara sambil lewa menggunakan kuasa anggaran sendirian berhad kemudian spray.
*amaran: lebih baik guna cat ja. sakit woo guna spray. sesak nafas even dah pakai mask. aku kena tunggu dua hari baru boleh continue. 
tak cukup tinggi nak seletep smpai siling. so acah acah buat corak seletep takat tu ja. 
dah siap! :D
testing 1
*color pudar tu sebab spray dah nak habis :P
testing 2
buat corak tu kat dinding setiap kali time kau marah ka emo ka. buat banyak banyak sbbnya time buat mesti kau fokus .bila dah fokus, hilang lupa dah masalah kau marah ka emo tadi. hahaa :B
testing 3
meriah dah macam tadika gua tgk. hahaha
testing 4
p/s : tak pernah nya buat benda benda ni tanya kebenaran abah. lagi lagi buat kat loteng siapa ja nak naik nak ambil tahu. bila abah dapat tahu, kena marah sikit sbb bau spray tu sgt terlalu kuat. :P muehehe
done
SM

Saturday, February 08, 2014

bergembira

berjalan jalan sekitar kota. muehehe :B 
terima kasih :D
melihat sekolah dari jauh konon rindu:P muehehe

SM

Sunday, February 02, 2014

selamatpengantinbarualiyadanluqman:D

assalamualaikum baby, 
aliya comellllllllllll!!!!! kita nak ucapkan tahniahhhhh! dan selamat pengantin baru :D semoga dianugerahkan Allah kebahagiaan dan rezeki  hingga ke jannah. tak sangka dua tahun tak berjumpa akhirnya jumpa juga dan waktu aliya dah sah bergelar isteri luqman pun. berjuta juta tahniah. hehehe :D
tak dapat kawal perasaan tadi bila jumpa Aliya, teman sebilik kita, kekadang teman sekatil kita. eh bukan kekadang, selalu! hehee. dengan perangai hyper aliya tu. rindu! awak kawan pertama kita kat kms, ingat lagi pertama kali jumpa time dekat surau. daripada bilik lain, tetiba jadi rumate. time awal sem 1, ingat lagi time kita demam, aliya lah yg pakaikan stokin kita time malam, selimutkan kita, teman kita tidur :') 
minta maaf banyak banyak kekadang ada misundersatanding, kekadang ada tertacing tacing. mungkin banyak menyusahkan awak. hehee. 
minta maaf banyak banyak untuk semua salah silap sepanjang bergelar kawan dan especially rumate. 
minta maaf banyak banyak sebab plan merancang nak kluar sama sama tak pernah mnjadi. 
minta maaf banyak banyak :{
terima kasih sebab selalu mengingatkan kita, tolong kita untuk jadi manusia yang lebih baik. (cehh, poyo :P) selalu nasihat kita tak elok dengar lagu sambil study, selalu nasihat kita tak elok dengar lagu 'pelik2', tegur kita solat kena awal waktu lagi lagi subuh, jangan balik lewat time maghrib dan malam.
terima kasih aliya sebab kekadang aliya tolong kita fahamkan bio padahal aliya tak ambil bio pun. tolong kita hafal doa dan makna doa selepas solat (aliya ckp jangan niat untuk hafazan ja, amalkan lepas solat) selalu ingatkan kita belajar kerana Allah bukan untuk pointer semata mata. selalu sokong kita untuk capai cita cita kita. selalu tunjuk contoh yang baik contohnya pakai stokin kaki bila keluar, pakai tudung yang menutup aurat.
minta maaf kekadang kita jadi org yg keras kepala dan tak memahami. mungkin bukan kekadang tapi selalu. hee :") minta maaf banyak banyak atas semua salah silap. jaga diri, jaga kesihatan, aliya :)
kita doakan awak menjadi isteri yang solehah di samping luqman. kita tahu luqman yang tegas tu boleh jaga aliya elok elok. hehehe :B insyaAllah. juga semoga dianugerahkan keturunan yang hebat dan soleh! :D 
p/s: first time nampak pengantin pakai spect. sangat comel aliya! hehehe.
-kaka :')-

Wednesday, August 21, 2013

myproject part8

Assalamualaikum,
Hmm, atas sebab ada org suruh aku lukis kan kasut dia, so aku pun buat lah. Lagipun dia anak sedara aku, so bolehlah buat deal awal awal if ada tersilap apa apa, jangan menyesal. kira halal lah. hahaha. Awal awal dah bagi warning. Hehee.
First nak start dia punya lah aku ambil masa bagi ada mood datang. Dengan kepala aku ni boleh tahan jemm ja nak fikir idea. Maklumlah tak pandai, pastu kena suruh buat pula. Barang aku pun tak byk. Yang ada acrilyc ja. Berus pun kena buka baru. Fabric pen tu mmg tak pernah lah ada. so, aku depend on apa yg dia nak.
Dia minat tribal punya corak siap kasi contoh dia punya twitter background. Hehee. Senang kerja sikit :P
ni kalau ada pen sharpie ni mmg seronok ah cier dia boleh buat bentuk segitiga bagai. hehee
untuk pengguna berus ja, aku rasa macam leceh.
But then macam biasa ah, aku dah konon konon plan atas kertas dah nak buat cemna, tetiba bila campur campur all the colors jadi lain pula. Well, bukan aku lah kalau ada masalah pasal color ni. Hehee. Maybe i should learn to blend the colors well first before konon konon nak start projek kot.  Aicece :P
seletep belum tanggal.
Hmm, boleh compare kan the color kat kasut dengan colors yg kat kertas tu. Actually nak color salmon pink tetiba jadi color pink. Bright juga lah color dia. And dah tu aku mmg pantang dengan color pink ni mcm ada ja tak kena -_-  lepas tu nak color soft purple mcm violet tu. Tapi jadi dark purple.  Time mix kan colors tu, dah test atas kertas and nampak okay ja. Tapi bila applied on shoes, faham faham lah. Salah aku juga tak reti reti lagi nak faham kertas dengan kasut tu adalah benda yang totally different. Padan muka aku! -_- but luckily, turquoise tu jadi. Alhamduillah :) hehee.
tak sama pun dengan apa yang diplankan. maaf. hehee
So, benda pertama aku kena buat lepas dah settle benda ni, minta maaf kat anak sedara aku sbb tak dapat  buat dengan cantik and tak capai apa yang diharapkan. *serius, aku sendiri macam segan ja nak bagi dia gambar kasut ni :{
Well, sangat berharap dia tak segan lah nak pakai kasut ni . itu ja:3


Tuesday, August 20, 2013

myproject part7

Assalamualaikum 
okay lama tak update. lupa nak start macam mana. hehee.
Time kecik kecik suka tgk citer hey Arnold. Dah tu mcm adore ja diorg punya lukisan rumah. Suka tgk lukisan bangunan bangunan tu konon konon dah besar nanti teringin nak ddk rumah cenggitu. Aicehh.
Ingat kau duduk coutry sama dengan Arnold apa! :3 hehee. 
Then tetiba teringin nak lukis gambar bangunan.
Alang alang tu guna background yang terbengkalai nih. 
Ni konon nya background nak lukis bunga dalam pasu. Tup tup, terbengkalai. So sambung ja lah lukis bangunan petak petak. Mudah tak mudah. Hehee :B
Hmm, plain ah gambar ni. Nampak tak meriah mcm dlm citer hey Arnold pun! >:O
Color pun cecomot ja. cincai ja lah. hahaha :B
Ni pun gambar lukisan terbengkalai buat kat perlis time baru beli crayon hasil guna baucar.
Testing testing 123 guna crayon. Lama dah tinggalkn zamn crayon ni. Rinduww :3 hehee tak siap pun.
K tu ja. Assalamualaikum.

S.M.