Friday, July 05, 2013

selamatmalam

fix you- coldplay

'masalah kau tak boleh bukan sebab kau tak boleh tapi sebab kau selalu fikir kau tak boleh.'
senyum.
'kau selalu fikir yang kau pernah jatuh sampai kau rasa kau tak boleh bangun.'
senyum.
'sampai bila nak rasa menyesal.'
senyum.
... 
perjalanan hidup yang dulunya kau rasa takkan menemui kesulitan. 
mudah. dan manusia takkan rasa hebatya penangan kegagalan.
as long as kau 'go with the flow' kau takkan rasa peritnya berdepan dengan masalah.
bilamana makin berakal, baru kau faham. semua benda yang kau nak takkan jadi mudah. 
usaha. satu benda yang kau perlu ada untuk memiliki sesuatu.
baru kau faham. baru kau sedar yang 'tak semestinya apa yang kau inginkan terbaik untuk kau kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik.'
syukur sebab kau miliki keluarga, kawan kawan, org sekeliling yang byk membantu kau, menjadi tulang belakang untuk kau mnjadi kau yang sekarang, menjadi orang yang lebih kuat, tabah.
selamat malam.
untuk mereka yang ada pada masa susah senang kau, berterima kasih :)
...