Saturday, February 08, 2014

bergembira

berjalan jalan sekitar kota. muehehe :B 
terima kasih :D
melihat sekolah dari jauh konon rindu:P muehehe

SM

Sunday, February 02, 2014

selamatpengantinbarualiyadanluqman:D

assalamualaikum baby, 
aliya comellllllllllll!!!!! kita nak ucapkan tahniahhhhh! dan selamat pengantin baru :D semoga dianugerahkan Allah kebahagiaan dan rezeki  hingga ke jannah. tak sangka dua tahun tak berjumpa akhirnya jumpa juga dan waktu aliya dah sah bergelar isteri luqman pun. berjuta juta tahniah. hehehe :D
tak dapat kawal perasaan tadi bila jumpa Aliya, teman sebilik kita, kekadang teman sekatil kita. eh bukan kekadang, selalu! hehee. dengan perangai hyper aliya tu. rindu! awak kawan pertama kita kat kms, ingat lagi pertama kali jumpa time dekat surau. daripada bilik lain, tetiba jadi rumate. time awal sem 1, ingat lagi time kita demam, aliya lah yg pakaikan stokin kita time malam, selimutkan kita, teman kita tidur :') 
minta maaf banyak banyak kekadang ada misundersatanding, kekadang ada tertacing tacing. mungkin banyak menyusahkan awak. hehee. 
minta maaf banyak banyak untuk semua salah silap sepanjang bergelar kawan dan especially rumate. 
minta maaf banyak banyak sebab plan merancang nak kluar sama sama tak pernah mnjadi. 
minta maaf banyak banyak :{
terima kasih sebab selalu mengingatkan kita, tolong kita untuk jadi manusia yang lebih baik. (cehh, poyo :P) selalu nasihat kita tak elok dengar lagu sambil study, selalu nasihat kita tak elok dengar lagu 'pelik2', tegur kita solat kena awal waktu lagi lagi subuh, jangan balik lewat time maghrib dan malam.
terima kasih aliya sebab kekadang aliya tolong kita fahamkan bio padahal aliya tak ambil bio pun. tolong kita hafal doa dan makna doa selepas solat (aliya ckp jangan niat untuk hafazan ja, amalkan lepas solat) selalu ingatkan kita belajar kerana Allah bukan untuk pointer semata mata. selalu sokong kita untuk capai cita cita kita. selalu tunjuk contoh yang baik contohnya pakai stokin kaki bila keluar, pakai tudung yang menutup aurat.
minta maaf kekadang kita jadi org yg keras kepala dan tak memahami. mungkin bukan kekadang tapi selalu. hee :") minta maaf banyak banyak atas semua salah silap. jaga diri, jaga kesihatan, aliya :)
kita doakan awak menjadi isteri yang solehah di samping luqman. kita tahu luqman yang tegas tu boleh jaga aliya elok elok. hehehe :B insyaAllah. juga semoga dianugerahkan keturunan yang hebat dan soleh! :D 
p/s: first time nampak pengantin pakai spect. sangat comel aliya! hehehe.
-kaka :')-

Wednesday, August 21, 2013

myproject part8

Assalamualaikum,
Hmm, atas sebab ada org suruh aku lukis kan kasut dia, so aku pun buat lah. Lagipun dia anak sedara aku, so bolehlah buat deal awal awal if ada tersilap apa apa, jangan menyesal. kira halal lah. hahaha. Awal awal dah bagi warning. Hehee.
First nak start dia punya lah aku ambil masa bagi ada mood datang. Dengan kepala aku ni boleh tahan jemm ja nak fikir idea. Maklumlah tak pandai, pastu kena suruh buat pula. Barang aku pun tak byk. Yang ada acrilyc ja. Berus pun kena buka baru. Fabric pen tu mmg tak pernah lah ada. so, aku depend on apa yg dia nak.
Dia minat tribal punya corak siap kasi contoh dia punya twitter background. Hehee. Senang kerja sikit :P
ni kalau ada pen sharpie ni mmg seronok ah cier dia boleh buat bentuk segitiga bagai. hehee
untuk pengguna berus ja, aku rasa macam leceh.
But then macam biasa ah, aku dah konon konon plan atas kertas dah nak buat cemna, tetiba bila campur campur all the colors jadi lain pula. Well, bukan aku lah kalau ada masalah pasal color ni. Hehee. Maybe i should learn to blend the colors well first before konon konon nak start projek kot.  Aicece :P
seletep belum tanggal.
Hmm, boleh compare kan the color kat kasut dengan colors yg kat kertas tu. Actually nak color salmon pink tetiba jadi color pink. Bright juga lah color dia. And dah tu aku mmg pantang dengan color pink ni mcm ada ja tak kena -_-  lepas tu nak color soft purple mcm violet tu. Tapi jadi dark purple.  Time mix kan colors tu, dah test atas kertas and nampak okay ja. Tapi bila applied on shoes, faham faham lah. Salah aku juga tak reti reti lagi nak faham kertas dengan kasut tu adalah benda yang totally different. Padan muka aku! -_- but luckily, turquoise tu jadi. Alhamduillah :) hehee.
tak sama pun dengan apa yang diplankan. maaf. hehee
So, benda pertama aku kena buat lepas dah settle benda ni, minta maaf kat anak sedara aku sbb tak dapat  buat dengan cantik and tak capai apa yang diharapkan. *serius, aku sendiri macam segan ja nak bagi dia gambar kasut ni :{
Well, sangat berharap dia tak segan lah nak pakai kasut ni . itu ja:3


Tuesday, August 20, 2013

myproject part7

Assalamualaikum 
okay lama tak update. lupa nak start macam mana. hehee.
Time kecik kecik suka tgk citer hey Arnold. Dah tu mcm adore ja diorg punya lukisan rumah. Suka tgk lukisan bangunan bangunan tu konon konon dah besar nanti teringin nak ddk rumah cenggitu. Aicehh.
Ingat kau duduk coutry sama dengan Arnold apa! :3 hehee. 
Then tetiba teringin nak lukis gambar bangunan.
Alang alang tu guna background yang terbengkalai nih. 
Ni konon nya background nak lukis bunga dalam pasu. Tup tup, terbengkalai. So sambung ja lah lukis bangunan petak petak. Mudah tak mudah. Hehee :B
Hmm, plain ah gambar ni. Nampak tak meriah mcm dlm citer hey Arnold pun! >:O
Color pun cecomot ja. cincai ja lah. hahaha :B
Ni pun gambar lukisan terbengkalai buat kat perlis time baru beli crayon hasil guna baucar.
Testing testing 123 guna crayon. Lama dah tinggalkn zamn crayon ni. Rinduww :3 hehee tak siap pun.
K tu ja. Assalamualaikum.

S.M.

Friday, July 05, 2013

selamatmalam

fix you- coldplay

'masalah kau tak boleh bukan sebab kau tak boleh tapi sebab kau selalu fikir kau tak boleh.'
senyum.
'kau selalu fikir yang kau pernah jatuh sampai kau rasa kau tak boleh bangun.'
senyum.
'sampai bila nak rasa menyesal.'
senyum.
... 
perjalanan hidup yang dulunya kau rasa takkan menemui kesulitan. 
mudah. dan manusia takkan rasa hebatya penangan kegagalan.
as long as kau 'go with the flow' kau takkan rasa peritnya berdepan dengan masalah.
bilamana makin berakal, baru kau faham. semua benda yang kau nak takkan jadi mudah. 
usaha. satu benda yang kau perlu ada untuk memiliki sesuatu.
baru kau faham. baru kau sedar yang 'tak semestinya apa yang kau inginkan terbaik untuk kau kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik.'
syukur sebab kau miliki keluarga, kawan kawan, org sekeliling yang byk membantu kau, menjadi tulang belakang untuk kau mnjadi kau yang sekarang, menjadi orang yang lebih kuat, tabah.
selamat malam.
untuk mereka yang ada pada masa susah senang kau, berterima kasih :)
...

Sunday, February 03, 2013

redvelvetcake2

assalamualaikum. dah dua hari brturut turut aku buat cake tiba tiba jadi cam addict pula. hahaa. k tipoo. 
padahalnya harini aku kena buat cake sebabnya whip cream yg aku buat terlebih kan, so taknak ikut perangai syaitan tak nak membazir akupun buat lah cake. disebabkan pernah buat red velvet cake once, so aku decide nak try buat lagi sekali. kali ni, aku nak try resepi yang lain sikit yang guna bahan yang lagi sikit dari redvelvet cake sebelum ni and bahan yg mmg ada kat rmh tak payah kluar rmh.
belum pape, aku dah silap salin resepi. aku salin resepi yang ikut gram lah bagai. mmg takdalah kan penimbang benda alah tu kat rmh. so, kali ni mmg aku memang gamble gila  main assume suka hati aku ja masukkan bahan ikut sukatan aku sndiri. hahaa. 
then, lagi sekali, buttermilk takda kat rmh, susu cair pun takda, susu full cream pun takda, so aku mmg ikut kepala aku letak je lah susu yg low fat plus one tablespoon of lemon juice. hahaha.so, finally, taraaaa... *syok sndiri aku tahu :P hahaa
disebabkan terlebih letak cocoa powder so dia punya color mcm more to brown :'( bwh dia ja red. k takpa takpa...
then, aku tak tahu kenapa, bila rasa cake ni rasa dia mcm cake kukus padahalnya aku bakar. k takpa takpa...
then, aku tak tahu nak letak apa atas topping dia, so aku pun letak gula yang aku dah colorkan dia color pink. mmg hentam gila. hahaa. k takpa takpa...
conclusion, janji boleh makan dan orang yang makan pun selamat! yeah! :D

Saturday, February 02, 2013

masukdapur

assalamualaikum. cuti sebulan ni nak kata aku punya time well spend, tak juga :P hari hari on9, tgk movie, tgk tv, conteng, tidur ja kerja aku. but wait, kelmarin and semalam, aku try buat 2 benda berbeza! semuanya gara gara kakak aku ajak buat. hahaa. resepi semua aku cilok internet lah tapi! hekhek :D 
the gambler-fun
silakan tgk gambar smbil dgr lagu :P
first,chocolate moist cake :3
konon bercita cita tinggi nak buat macam volacano chocolate mcm kat pizza hut. tapi... takpalah. berangan ja lebih! hahaa :P 
then, cari resepi mcm mana nk buat pavlova. dok dgr ja org ckp tapi tak pernah nak try kan. ttba, kakak aku entah mimpi apa ajak aku try buat pavlova. aku on sahaja! :3  first try, alhamdulillah jadi. but then, aku jenis tak boleh nak assume byk mana nk guna whip cream ni. so whip byk byk, terlebih pula. hmm, aku mmg selalu ja masalah dgn whip cream nih. dah biasa dah. tak faham aku! hahaha :P 
second, pavlova :)
♥
makan sikit okaylah. banyak sgt, muak juga. maybe sebab manis sgt kot. tapi rasa dia sedap! seriuss aku cakap! :D kalau ada kencing manis, jgn makan!
comot kan? biar bagi nmpak lah sikit usaha keras touch up bagai. hahaha. ini semua poyo! hahaa :P
SM